Friday, May 28, 2010

bersalah

saya sangat malas minggu ini dan akibatnya, artikel yang sudah sepatutnya saya siapkan hari ini (the malay identity) tak siap-siap pon lagi *ketuk kepala sendiri*.

jadi, hari Isnin ini, saya hanya akan berkongsi artikel Malaysia's Broadcasting Scene dengan penyelia tersayang.

ok, tarikh ajal baru saya adalah Jumaat depan.

Esok nak pergi ambik susu yang Dr Sunshine poskan hampir 2 bulan lepas. Alhamdullillah, sampai juga akhirnya. Saya rasa macam nak tarik rambut je mengenangkan susu AA yang semakin hari semakin sedikit tetapi hari ini, saya boleh menarik nafas lega. :)

Esok juga, saya bercadang untuk membawa Mak menaiki 'cruise' di sepanjang Sungai Danube. Kalau tak pon, mungkin akan ke Tulln untuk melihat kebun bunga. Kalau tak pon, mungkin akan ke Tybah lagi sekali. ngeheheh...

notakaki: berjaya membuat mee kari buat kali pertama di dalam hidup!! lepas ni nak kena belajar buat soto pulak. dan kemudian, mee jawa. nasi lemak memang dah lulus. *angkat bakul sendiri*

2 comments:

Oyis said...

must be the weather lah kot. i am super duper pemalas jgk this week. apa nak jd ni haih!

miSs inTerpReted said...

oyis: tula kan....i shall blame it on the weather too!