Monday, April 11, 2011

panik

oh...tiba-tiba panik sebab nak exam jumaat ni.

Hari ni, ai relaks je dan baca buku sambil lewa sebab ingatkan bahan-bahan untuk lecture 5 tak akan masuk exam sbb lecturer tak upload kat elearning platform. Rupa-rupanya dia tak sihat dan lambat upload. Maka.....i tak habis study lagi uols!!! *panik*

tapi kan. Dalam panik-panik tu, sempat plak ai tengok AF. apakah?

okeh. Mari kita bukak nota dan baca tentang multi attribute utilities theory. Haih...tula...ambik lagik paper ala-ala business nie kan...terus kena buat kira-kira. Dahlah dah lama meninggalkan aktiviti kira-kira dan hafal formula ni. tsk.

Doakan saya berjaya.

Sunday, April 10, 2011

mentang-mentang tak diet

saya tidak sedar diri.

mentang-mentanglah dah bebas dari diet, terus lah makan macam-macam dan henjoy sakan!

so far, ai dah makan nasi lemak, minum chai tea latte, makan choc chip cookies, beli baklava, makan nasi dengan lauk vegan. dan hari ni, ai baked brownies!!! mengidam uols, nak buat cemana. Nak keluar beli, malas dan lagipon, kedai apa sangatla yang bukak hari ni kan. Maka, setelah digodek-godek encik google, terjumpalah resipi brownies yg amat mudah sebab semua bahan dah sedia ada kat dapur. :)

namun, ai ada alter-alter sikit resepi. harap-harap ia tak akan menjejaskan kesedapan resepi tu la ek. hihihi. ai kurangkan gula (konon health concious) dan juga telur (sebab nak jimat..hehe)and instead of butter, ai guna minyak masak ajer.

its now in the oven. cannot wait to see how it will turn out!!! kalau ada ice cream sure best kan? ice cream with brownies. emmm..takpelah. brownies and neslo pon ok jugek. hehe.

things to buat

hari ni hari Ahad. Ingat nak pergi membaca di Starbucks tapi rasa malas nak siap-siap dan juga timbul perasaan nak save duit padahal sebab semalam dah spend berjam-jam kat stabux study maka I decided to just stay at home.

Usually, before I go to sleep, I will decide what I want to do the next day and things I would have to complete or etc. Last night, I decided to read the compulsory reading for my class on Friday (supaya boleh menghasilkan soalan bernas dan juga summarize the text lite lite). Then, if selesai memahami cik butler tu, ai ingat nak sambung study for my exam this friday.

Tapi kan, dalam kepala otak ni, tak dapat plak nak melupakan assignment-assignment lain termasuklah chapter for my thesis yg deadlinenya end of this month. Hmm...but I guess I'll have to prioritize, betul tak?

For the time being, I need to clear this thing (exam and ms. butler) and then, bolehlah ai start on my assignment.

Oh...ingat tak my chai tea project? Well...lecturer said its interesting and that I can go ahead with the project. Tapi skarang, I am actually thinking of producing a short video of my presentation (since I won't be able to present in June). Cuma now, I nak kena collect bahan and maybe start doing the video in May. Maka, cuti Easter would be utilised for this purpose. Dan, cuto easter juga will see me bertungkus lumus nak siapkan chapter 1, insyaAllah. After that, bolehlah ai proceed to chapter two.

I hope all that I plan would turn out well. Wish me luck!

p/s: tak sangka, my baby AA tak berapa suka dekat ombak.

Friday, April 8, 2011

hari ini dalam sejarah

Walaupun Dr Sunshine ingat-ingat lupa je tarikh 9 April ni, I tetap akan ingat sampai bila-bila, insyaAllah.

Ada apa dengan 9 April?

Hari ni, 11 years ago, was the day Dr Sunshine asked "Apa kata kita couple dua?" through IRC. Oh my...its eons ago. IRC tu entah ada ke tak ek sekarang?

Anyway sayang, terima kasihlah sebab you had the guts to take the risk of asking me to be more than just friends. Walaupun you buat I cuak sebab the next day tu, masa chat tiba-tiba you tanya I, "what did we just do yesterday?" which made my heart drop. I baru je seharian berbunga-bunga, bila you tanya soalan tu, my first thought was: shoot, mesti dia nak take back what he said. heheh. Thank god you did not. Instead, you called me and told me that what happened the night before was real. *syukur*

And, I still remembered how nervous I was when you came to KL and we went out on our first date! Yes, ai bercinta through internet yer uols! Tak pernah pi dating sebelum bercinta. Tapi pernahlah keluar ramai-ramai as friends because he was one of my bestest guy friends. Kita jumpa dekat depan McDonalds CM and walked all the way to KLCC. Wahh...sangat gigih ok. Sekarang, I rasa I tak sanggup kot.

And, how could I forget the time you first met my Daddy? Jumpa dekat HKL, masa Daddy dialisis sebab I had to teman Daddy that day. Tapi Daddy kan sporting, maka selepas I selesai tolong dia set up barang-barang dia, dia bagi permisi I pi dating dengan you. Pastu, Daddy juga sibuk canang kat kawan-kawan dialisis dia yang you medical student (padahal masa tu you baru second year..hehehe). I guess Daddy kembang kuncup la kot sebab nak harapkan anak-anak dia jadi medical doctor, sorang pon tak minat. Maka, menantu doktor pon, jadilah. hikhik. (tapi Adik insyaAllah jadi Doktor juga tau Daddy...tapi Doktor dalam bidang akademik lah.:))

Anyway baby, thank you for never giving up, for being patient with me and for asking me that question 11 years ago.

Love you babe.

Tuesday, April 5, 2011

all over the place

1. perut sudah mula kerap mengeras. haih. it makes me feel breathless.

2. i feel heavy!

3. i think my tummy is huge. mungkinkah berkat rajin makan vitamin membuatkan baby saya sihat? Alhamdullillah. Saya memang mengimpikan baby yang 3kg ke atas, insyaAllah.

4. misteri betul la how my progress report asyik tak sampai aje kat uni. tadi sv kata dia sure sangat2 yang dia dah post. Maka ai just suruh dia isi lagik sekali dan ai cakap kali ni, biar ai post sendiri. Lagipon, ai nak hantar sekali dengan permohonan nak extend. tapi apa pon, tetap misteri okeh. not my first time borang hilang. so, kali ni, i nekad nak hantar kat my friend and minta tolong dia hantar by hand AND make sure dapat cop diterima and make a copy of it (with the cop).

5. best jugak bila buat kerja sama-sama dengan Dr Sunshine. Ai study dan dia buat case write up. We didn't really talk but I get to be with him. :)

6. It is amazing how AA can crawl in his sleep to find his papa and panjat nak baring atas peha papa.

7. It is also amazing that AD is the only one who is able to decipher what AA is saying. hehe. I think its Brotherly love.

8. My family is going balik kampung on thursday. And AD asked papa, baby ikut sekali tak (refering to the baby who is currently still in my uterus)? And papa said, no..baby will stay with mama.

9. Saya ada exam next week. Wahh..dah lama ok tak study for exams!!! Agak terasa cuak sebenarnya. I hope to get a good mark, insyaAllah.

10. Have to figure out what I want to do for my globalisation project. Actually I have kinda figured it out. Cuma nak kena dapatkan persetujuan dari lecturer.

11. mgtt this thursday. Cannot wait! Sebab lepas tu, dah tak payah nak diet bagai. Right now, ai teringin ayam masak gajus. Emm..sedapnya if makan dengan nasi panas. Ingat nak masak on Friday. But first, have to buy ayam. Hih hih.

12. Ada group discussion this Thursday tapi ai tak transcribe lagi interview. matilaa...now nak study. Takpe, insyaAllah sempat punya, kan?? caiyok!!!

13. Am in my 28th week. So, tinggal 6 more weeks je to go!!

14. What would be a good date to give birth? I was thinking of the 28th because 2 bday AA and 8 bday AD. Tapi I berangan la uols. Tak tau la plak nanti apa kata doctor kan.

15. Teringin mee goreng basah. *sigh*

Saturday, April 2, 2011

tak nak balik

hari ni, Dr Sunshine bawak the boys pergi playground at about 5-ish. Dah dekat pukul 6 lebih tu, dia pon ajakla budak-budak ni balik. AD, as usual, memang 'juruh' dan pi towards the papa. AA pulak masih tidak puas bermain. heheh.

So, AD duduk with the papa at a bench while AA continued playing. But AA jadi marah because dia main sorang-sorang. Dok sibuk laaa ajak main sekali. Then, tiba-tiba dia terhantuk sedikit. No harm at all, tapi sebab tengah marah dan geram, maka jadilah episod menangis. Namun begitu, sambil menangis tu, tetap gigih naik slide.

Thats AA for you. :)

And today, masa skype dengan dia, he repeatedly said "Mama Antik". Oh...terus mama dia kembang kuncup. hehe.

And, he knows bila papa dah buat 'yuyu' and switch off the lights, its time to sleep and he will never fail to say "night mama". :)

And when he pretends to talk on a walkie talkie, dia suka cakap numbers, followed by ok bye. wakakak. "dua ga ga ok bye"

And now he always says "sayang mama". *melts*

Haih...rindu betul dengan my boys. Only about 6 more weeks!!!

Friday, April 1, 2011

pasal nak renovate rumah

uols. sekarang ni, iols merancang untuk me-renovate rumah.

The thing is Dr Sunshine telah meminta quotation dari abang ipar dia because bapak abang ipar dia tu kontraktor kecil-kecilan. My sis in laws pon memang la dok buat renovation dengan kontraktor itu.

So, semalam, Dr Sunshine forwarded me the quotation. Tapi kan, ai ada sedikit tidak puas hati dengan quotation itu. Sebabnya, I was expecting a detailed quotation. Contohnya, tiles nanti kena guna berapa banyak, dan jenis tiles yg boleh kami pilih. Pastu, sink tu, jenis apa? (tapi hakikatnya, I tak berkenan pon dengan cadangan untuk double sink ittew. I want a single sink tapi besar). Dalam quotation tu, dia just cakap benda yg dia plan nak buat. Contohnya, tiles of your choice, lampu, wiring, pastu tiba-tiba dah 9K. (ni contoh yer). Err...so, kalau i pilih tiles paling mahal pon, harga akan stay that way ke? Pastu yang paling i tak paham, kenapa nak extend belakang rumah, tapi cara dia bagi quote tu ala-ala ai nak buat bilik lain sebab siap dengan down light and plaster ceiling bagai. Padahal ai plan nak jadikan belakang tu tempat masak-masak and buat laundry saja.

Ke, sebenarnye memang semua kontraktor ni tak bagi detailed quotation and bagi anggaran macam tu aje. I bukan apa, i tak nak la nanti halfway buat kerja, tiba2 cakap, eh, kena tambah la sebab over budget dan sebagainya. TU, i tak nak. Pastu, yang I malas is that, bila dah kerja dengan sedara, it would be hard to be firm. Don't you think so?

Lagi satu, I sebenarnye kalau bolah nak la Dr Sunshine cari 3 quotation at least to compare it kan.

One more question, would it be cheaper for me to get the fittings (ie: lampu, sink, kipas dan etc) or biar kotraktor belikan? I rasa mcm nak beli sendiri je fittings tu, sebab my guts said that it would be muuuccchhhhh cheaper. But i tak de experience. So, adakah ia lebih menguntungkan jika beli sendiri??

p/s: risau pulak nanti Dr Sunshine kata I ni fussy. *sigh*