Thursday, March 31, 2011

macam-macam

1. ada sorang pompuan ni, pakai short dress dengan leggings sahaja. Pastu tertonggeng-tonggeng ambik ape tah kat floor. Haih..tak pasal-pasal ai nampak bontot dia. Soooooo tak perlu!

2. Masa beli gorceries, ai nampak orang minum air susu dalam botol. I thought dia memang bawa susu tu masuk. Pastukan, lepas dah puas minum, dia tutup botol tu, dan letak semula kat atas rack! euugghh....and ai baru je ingat nak beli susu macam tu jugak. Terus kansel sebab tak tahu berapa botol aganya dia dah teguk. tsk!

3. ai tak tahula pasal apa. Tapi i sentap sket dgn orang yg jalan dengan lemah gemalai bila tahu ada appointment to keep.

4. ai bersyukur that daddy pernah bawa makan kat a lot of places. Sebabnya, bila kena makan kat tempat yg memerlukan peng-aplikasian table manners, insyaAllah, saya boleh survive. Ingat ye kawan-kawan, napkin tu, letak kat atas peha. Kengkadang, waiter/waitress tak buatkan, maka kena pandai buat sendiri. Napkin berbentuk angsa ittew bukan semata-mata hiasan. Pastu, rule about the cuttlery is, guna dari luar ke dalam. And, sudu garpu yg dorang letak kat bahagian atas pinggan (not left and right) bukan untuk penggunaan main meal. Having said that, saya tetap makan pakai tangan bila bertandang ke rumah orang. Susah weihh...nak balance pinggan atas peha sambil nak pakai sudu garpu. Lagipon makan nasik kat rumah orang je pon, so I see no harm.

5. sedap jugak makan muesli dgn yoghurt! rasa macam nak makan lagi jer hari ni. Tapi hari ni rasa macam nak makan nasi pon ada. Oh, dan minum iced chai tea latte.

6. Kadang-kadang, susah untuk kita harapkan pertolongan dari orang lain. Betul. Kita mungkin ingat kita dah baik dengan dia, tapi hakikatnya, kita kena sedar, kita je kot rasa baik dengan dia. Tapi dia feeling-feeling 'ada aku kesah', kot. Pelik ok. Sebab bila kita cakap nak jumpa kejap, tak de masa cos nak study bagai dan banyak kali postponed. Tapi, bila ada orang ajak pi majlis makan-makan, laju ajer dia pergi. Maka, kita boleh sedar di mana kedudukan kita sebenarnya.

7. rasa mcm nak makan spare ribs lah pulak.

8. penat nak baca Baudrillard dan kejadian 911. Nak memahamkannya yang memenatkan.

9. penat berjalan kehulu kehilir semata-mata nak submit borang doctoral thesis agreement. Doakan semoga semua diluluskan. :)

3 comments:

Oyis said...

"Tapi dia feeling-feeling 'ada aku kesah', kot. Pelik ok. Sebab bila kita cakap nak jumpa kejap, tak de masa cos nak study bagai dan banyak kali postponed. Tapi, bila ada orang ajak pi majlis makan-makan, laju ajer dia pergi."

ada jgk rasa begitu. i know how u feel. makes u wonder, betul ke org tu sibuk? tgk kat tmpt lain bkn main menuang lg

Unknown said...

aku betul2 setuju poin no 6 ittew uols. sedih!

miSs inTerpReted said...

Memang uols!! Iols terasa sangat. tapi nak buat cemana kan. Dah nasib badan.